Sunday, March 6, 2011

PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN MAJLIS

Semasa seminar  Kelangsungan Tatabahasa Dewan Dahulu dan Kini yang tertarik dengan penggunaan pantun semasa pembukaan dan penutupan majlis. Adat dan budaya Melayu masih dikekalkan sehingga kini.  

Pantun pembukaan:
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tanpan kerana budi
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Pantun penutupan:
Orang mengail di lubuk batu,
Dapat seekor berganti satu,
Hilang satu berganti satu,
Itulah resam dunia.

Komen: Saya amat bersetuju sekirannya pantun diucapkan semasa dalam majlis-majlis rasmi. Hal ini demikian kerana menyedarkan rakyat akan kepentingan pantun sebagai adat budaya dalam masyarakat kita.

Kelangsungan Tatabahasa Dewan Dahulu dan Kini

Semalam Persatuan Bahasa Melayu (PERBAYU) UPSI telah mengadakan satu seminar yang bertajuk Kelangsungan Tatabahasa Dewan Dahulu dan Kini. Ahli panel yang diundang khas ialah Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim, penulis tatabahasa dewan, Encik Rusli Abd Ghani wakil dari DBP dan Puan Norliza Jamaludin, pensyarah daripada Fakulti Bahasa. Plebagai input berguna dapat diterapkan melalui sesi ceramah tersebut. Pelajar juga dapat mengetahui mengenai hukum tatabahasa yang selama ini dipelajari. Antaranya ialah

Binaan ayat dalam bahasa Melayu.
Jumlah pola ayat dasar
Golongan kata dalam bahasa Melayu
Hukum morfofonem bagi pengimbuhan awalan meN- dan peN-


 
Komen:  
Program seumpama ini wajib diteruskan pada masa akan datang. Hal ini demikian kerana membolehkan para pelajar mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai tatabahasa bahasa Melayu.

Saturday, March 5, 2011

Latihan dan Excersice

Sebagai seorang guru bahasa Melayu, kita mestilah menjaga bahasa kita semasa bercakap dengan pelajar kita. Hal ini terjadi kepada salah seorang daripada sahabat saya yang sedang melakukan pengajaran mikro.

Situasi:
Guru: ok baiklah pelajar, mari kita buat latihan excersice ini sama-sama.

Komen:
Ayat seumpama di atas tidak wajar dilakukan oleh guru bahasa Melayu. Ok, baiklah sememangnya merujuk kepada makna yang sama. oleh itu salah satu daripada perkataan itu terpaksa digugurkan. kata baiklah sewajarnya digunakan pada pangkal ayat kerana baiklah merujuk kepada bahasa Melayu, manakala ok merujuk kepada bahasa Inggeris.

Begitu juga dengan latihan dan excersice. kedua-dua maksud perkataan itu adalah sama,cuma daripada bahasa yang berlainan. Sebagai guru bahasa Melayu kita tidak boleh mengabungkan dua ayat yang sewenang-wenangnya. oleh itu kata excersice tidak hadir kerana telah ada kata latihan.

Pelajar yang berbahasa Melayu dengan baik
Berasal daripada guru bahasa yang baik

Bila Mengutuk

Setiap percakapan yang kita ungkapkan tidak semuanya menyenangkan orang. kadang-kala ungkapan itu membuatkan seseorang itu berkecil hati. Misalnya dalam bab mengutuk atau mengata seseorang. Semasa yang sedang leka membaca buku, saya terdengar perbualan antara dua sahabat.

Situasi:
Sahabat A: Nape umah kite ni selerak sangat ye? Tak de ore bertugas ke?
SahabaT B: Memang pun macam tu..semalam lagi teruk.

Komen: Perbuatan tidak wajar berlaku. Jika mereka berdua ingin menegur, eloknya kiranya menegur terus kepada orang yang bertugas. Kita juga jangan sesekali mengata orang. kita lihat pada diri kita dahulu..adakah kita juga turut melakukan tugas tersebut sebaik sahaja tiba giliran kita.
              Paku dulang paku serpih
              Mengata orang dia yang lebih.

Peribahasa atau pantun

Msyarakat melayu mempunyai pelbagai kaedah dalam memberi nasihat kepada anak-anak, memberi sindiran, teguran dan sebagainya. Masyarakat Melayu juga tidak lekang dengan peribahasa ataupun pantun yang sudah menjadi kebiasaannya pada orang Melayu. Kaedah inilah yang digunakan oleh orang Melayu. Misalnya:

Yang kita kejar tak dapat
  Yang kita kendong pula bula bercicirian
Bermaksud:
Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.
 
Kalau tidak dipecahkan ruyung
  Manakan dapat sagunya
Bermaksud: 
Tidak akan tercapai maksudnya kalau tidak mahu berusaha dan bersusah-payah.

Selain itu juga, penggunaan pantun juga sering digunakan dalam menyampaikan maksudnya.Misalnya
Pohon pepaya di dalam semak
Pohon manggis sebesar lengan
Kawan ketawa memang banyak
Kawan menangis diharap jangan 
 Komen: Oleh itu sebagai masyarakat melayu kita mestilah menjaga adat ini supaya tidak ditelan zaman.  hal ini demikian kerana peribahasa kadang-kala memperilhatkan keintiman masyarakat dengan alam sekitar.

Bahasa Inggeris lawan bahasa Melayu

Secara tidak sedar kita akan menggunakan bahasa Melayu bergandingan dengan bahasa Inggeris. Itu seakan menjadi kebiasaannya dalam kalangan masyarakat Melayu pada hari. Mereka seumpama tidak kisah dengan penggunaan bahasa yang sedemikian rupa. Semasa menunggu pensyarah masuk ke kelas, saya sempat menyaksikan beberapa sekumpulan pelajar sedang bergambar. Terdapat penggunaan bahasa yang menjadi perhatian saya.

Situasi:
Peace semua

Peace merujuk kepada bahasa Inggeris yang bermaksud aman. Penggunaan peace semua telah mengabungkan bahasa Inggeris peace dan bahasa Melayu semua. Dalam hal ini menunjukkan bahawa kita tidak berapa mengambil kisah setiap perkataan yang keluar daripada mulut kita. Kita juga tidak mengambil peduli perkataan tersebut asalkan sedap didengar. Jika diteliti maksudnya, peace semua ialah aman semua. Oleh itu gabungan dua perkataan ini tidak memberi makna yang khusus. Oleh itu sebelum berkata-kata kita mestilah memikirkan makna perkataan tersebut.

Terima kasih


Ucapan terima kasih tidak lekang dari mulut orang Malaysia jika orang tersebut mengamalkan budaya yang terdapat di Negara ini. Hal ini berlaku kepada diri saya sendiri. Sebaik sahaja lif terbuka lalu saya segera masuk di dalamnya. Saya terpadang seseorang yang sedang menuju kea rah lif yang sama. Memandangkan hanya saya seorang sahaja dalam lif tersebut, saya mengambil keputusan untuk menunggu dia. Sebaik sahaja dia memasuki lif, ucapan terima kasih terus keluar dari mulutnya. Hati saya berasa sejuk mendengar ucapan tersebut.

Situasi:
Terima kasih ye..
sama-sama

Walaupun hanya sekadar ucapan terima kasih, tetapi ia cukup bermakna. Itulah tanda hormat kita sesama manusia.Tinggi bangsa kerana budaya.