Monday, March 14, 2011

Jati Diri


Saya berasal daripada Alor Star, Kedah. Saya merupakan anak jati Kedah. Walaupun saya belajar di Tanjong Malim, Perak, saya masih menggunakan dialek Kedah semasa bertutur dengan rakan-rakan yang lain. Walaupun saya bertutur dalam dialek daerah saya, hal ini tidak bermakna saya tidak faham akan dialek negeri lain. Saya tetap berbangga menjadi anak Kedah kerana dialeknya mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun kadang-kala terdapat pihak yang mentertawakan dialek daerah Kedah kerana bagi mereka terdapat sesetengah perkataan dan bunyinya yang begitu lucu. Namun saya tidak mudah terasa hati kerana saya tahu dialek saya adalah yang terbaik. Negeri Kedah mempunyai lagunya yang tersendiri. Misalnya Seloka Negeri Kedah, Lagu Negeri Kedah, Hijau Kuning dan banyak lagi.

Lirik Lagu Seloka Negeri Kedah
mai cek oi mai cek mai
kita ke negeqhi Kedah
mai oi bagi qhamai
jamu nasik kawah c/0

naik kapai teqhebang
tuqhun kepala batayh
makan toksah bimbang
kami banyak beqhayh

ikut lebuhqhaya
teqhuih ke Kayu Hitam
jaga cek oi jaga
qheta meneqhu-neqhang
qheta meneqhu-meneqhang

mengkala mai kedah
singgah lah ke Pekan Qhabu
minum nira nipah
makan emping keqhabu

kot lah qhasanya penat
jom pi ke langkawi
langgah ayaq gamat
minumlah ayaq tongkat ali
langgah ayaq gamat
muka naik seqhi

Kedah sudahla maju
tak lagi macam lah dulu
qhumah seqheba baqhu
kenduri ada selalu

tengok sana sini
pembangunan seqhata negeqhi
ada mesin padi
ada kelang besi

melawak oqhang Kedah
jangan cepat teqhasa
toksah dok kesah
bekawan cepat meseqha 2x

Lirik Lagu Negeri Kedah
Allah Selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan Usia Di Atas Takhta
Memelihara Agama Nabi Kita
Negeri Kedah Serata-rata

Komen:
Oleh itu sebagai masyarakat dalam sesuatu negeri, kita mestilah berbangga dengan dialek negeri kita sendiri. Walaupun kita berada di mana sahaja, jangan sesekali kita lupa akan jati diri kita sendiri. Ke mana kita pergi, ke tempat asal juga kita akan pulang.

Saturday, March 12, 2011

Kata penegas

Dalam bahasa Melayu, kita mempunyai kata penegas yang tersendiri. Misalnya partikel -lah. Penggunaan kata penegas ini adalah betul dalam ayat bahasa Melayu. Namun pada hari ini, kata penegas dalam bahasa Melayu telah berubah. Penguna bahasa Melayu dengan sewenang-wenangnya menggunakan kata penegas yang dirasakannnya sedap didengar. Kata penegas baharu adalah "gila".

situasi:

"Pandai gila budak tu"

"Wei lapaq gila ni"

"Laju gila dia bawak keta"

"Jauh gila dia tendang bola tu"

Komen:
Penggunaan kata penegas "gila" ini semakin tersebar luas dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Apa-apa sahaja yang diujarnya pasti akan menggunakan kata penegas "gila". Walaupun kata penegas ini salah daripada hukum bahasa Melayu, tetapi di situ perkataan gila nampak penegasannya. tidak mustahil pada masa akan datang kata gila akan menjadi kata penegas yang baharu dalam penggunaan bahasa Melayu.



Gerak

Setiap negeri mempunyai dialeknya yang tersendiri. Kadang kala masyarakat di negeri lain tidak memahami dialek daripada negeri lain. setiap dialek mempunyai keunikannya yang tersendiri. Walaupun kadang kala perkataan yang diujarkan sama tetapi maknanya berbeza negeri. Semalam semasa berbua-bual dengan  beberapa orang sahabat daripada Johor dan Kedah, sahabat  daripada Johor tersalah tafsir perkataan yang saya ujarkan.


Situasi:
Saya: Eh, awat hang tak gerak dia. Dah maghrib dah la.
Sahabat Johor: Nak gerak gi mane?

Komen: Daripada situasi diatas jelaslah menunjukkan bahawa, walaupun perkataan yang diujarkan adalah sama tetapi maknanya berbeza. Bagi dialek Kedah, "gerak" bermaksud kejut. Bagi dialek lain "gerak" bermaksud bertolak pergi, memulakan perjalanan dan sebagainya. Oleh itu terdapat kekeliruan berlaku dalam situasi ini. Sebagai pendidik kita mestilah tahu akan dialek-dialek daerah ini. Hal ini demikian kerana ke mana sahaja kita pergi kita tidak akan berasa kekok. Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum.

Thursday, March 10, 2011

Muat turun atau download


Dalam percakapan seharian kita, kita masih menggunakan percampuran bahasa. Sudah pasti bahasa Melayu dengan bahasa Inggeri. Mengapa hal ini masih berlaku. Adakah pegangan kita terhadap bahasa Melayu masih belum kuat. Semasa mendengar siaran radio saya sempat menangkap pengucapan yang mencampuradukan bahasa.

Situasi:
"Kamu semua boleh muat turun dan download pada……."

Komen: 
Itulah ayat yang digunakan oleh penyampai radio tersebut. Sebagai media yang menjadi alat komunikasi dalam membantu memantapkan bahasa Melayu, seharusnya penyampai radio tersebut menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Jika media seupama ini tidak dapat menggunakan bahasa Melayu dengan baik, bagaimana untuk menjadi contoh kepada orang lain. Oleh itu sebagai media penyampai maklumat, mestilah menyampaikan dalam bahasa yang betul dan memudahkan para pendengar memahaminya

ADAB MAKAN

Dalam masyarakat Melayu amat menitik beratkan adab semasa makan. Adab semasa makan akan memperlihatkan personaliti seseorang. Dalam masyarakat Melayu, berbual semasa makan sangat dilarang salam sekali. Namun pada hari ini amalan adab makan hanya terpandang sepi begitu sahaja. Semasa makan di sebuah gerai saya sempat menyaksikan sekumpulan yang sedang makan. 

Keadaan menjadi hingar-bingar dengan gelagat mereka yang membuat bising. Tingkah laku mereka menganggu ketenteraman pelangan-pelangan yang ada dalam gerai tersebut. Mereka berbual-bual dengan kuat sekali tanpa menghiraukan orang lain. Kadang-kala tercetus tawa mereka mengemakan gerai tersebut. Walaupun dalam gerai tersebut turut ada warga-warga emas, kanak-kanak dan bayi yang sedang makan,mereka masih tidak mempedulikan.

Komen :
Adab melambangkan adat. Adat melambangkan bangsa. Bangsa melambangkan negara. Sebagai masyarakat yang mempunyai adab dan adat, kita mestilah mematuhi dan mengikutinya. Keadaan seumpama ini memperlihatkan masyarakat kita yang miskin dengan adab dan adat dalam diri mereka. Jika mereka masih berkelakuan seumapama ini menyebabkan mereka tidak akan dihormati orang lain. Jika ada warga asing di gerai tersebut, sudah pasti mereka beranggapan beginilah adab masyarakat orang Melayu. Mereka akan memberitahu kepada warganya sekembalinya mereka kelak. Sudah pasti Malaysia akan tercemar dengan adab-adab yang tidak elok dan manis jika dipandang orang. Oleh itu sebagai masyarakat kitalah yang seharusnya menjaga adad, adab, budaya dan nama negara kita agar terus dipandang tinggi oleh semua manusia.

KEMAHIRAN KOMUNIKASI


Dalam pergaulan sehari-hari kita menuntut kita unutk berkomunikasi antara satu sama lain. Namun begitu dalam pengucapan kita, kita mestilah menjaga adan dan tingkah laku kita semasa mengujarkan sesuatu perkara. Kebanyakkan daripada kita pada hari ini tidak menggunakan kemahiran komunikasi dengan baik sesama kita terutamanya dalam kalangan sahabat. Mengapa hal seupama ini berlaku. Adakah kerana komunikasi itu berlaku dalam kalangan sahabat kita menyebabkan kita mengambil sambil lewa sahaja.  Namun begitu tidak elok kiranya kita berbahasa kasar dengan sesiapa sahaja meskipun dengan rakan kita. Dalam konteks ini saya ingin mengetengahkan masalah di mana seseorang yang suka memperlekehkan pendapat atau ujaran orang lain.

Situasi:
A
Sahabat A: Eee… cantiknya kereta Saga baru tu.
Sahabat B: Cantik pun buat apa. Macam tin kosong. Biasalah kereta Malaysia bukannya tahan pun. Cepat rosak pula tu.

B
Sahabat A: Murahnya laptop ni. Kenapa dulu mahal ek?
Sahabat B: Buat apalah murah pun, bukannya tahan pun. Jenama dia bukannya elok pun. Ada je masalah.

C
Sahabat A: Apasal gambar henset aku tak blur je?
Sahabat B: Dah henset murah macam tu la. Ada duit habis kot lain.

Komen
Itulah kata-kata yang membawa masalah dalam sesetengah komunikasi yang berlaku. Tindakan sahabat B itu tidak wajar berlaku. Kata-kata yang dikeluarkan olehnya sangat melampui batas dalam komunikasi. Tindakannya menyebabkan sahabat A akan berasa hati, kecewa, sedih, marah dan berkemungkinan tidak akan berbual dengan sahabat A lagi. Dalam situasi A, walaupun kata-kata hanya biasa kedengarannya tetapi jika eloknya jika sahabat B itu berkata “cantik memang cantik tetapi kena lihat kualitinya juga”. Kata-kata itu lembut didengarnya. Manakala dalam situasi B pula, sahabat B turut menyangkal pendapat sahabat A. Dalam situasi C membuatkah sahabat A akan berasa hati. Kata-kata yang diucapkan memang tidak berlapik dan terlalu pedas. Seolah-olah telefon bimbitnya mahal daripada rakan-rakan. Sahabat B tidak boleh berkata begitu kerana menjatuh maruah seseorang. Oleh itu sebagai manusia, kita mestilah menjaga percakapan kita agar kita tidak dibenci orang dan terus disukai oleh orang lain.

Sunday, March 6, 2011

PEMBUKAAN DAN PENUTUPAN MAJLIS

Semasa seminar  Kelangsungan Tatabahasa Dewan Dahulu dan Kini yang tertarik dengan penggunaan pantun semasa pembukaan dan penutupan majlis. Adat dan budaya Melayu masih dikekalkan sehingga kini.  

Pantun pembukaan:
Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tanpan kerana budi
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Pantun penutupan:
Orang mengail di lubuk batu,
Dapat seekor berganti satu,
Hilang satu berganti satu,
Itulah resam dunia.

Komen: Saya amat bersetuju sekirannya pantun diucapkan semasa dalam majlis-majlis rasmi. Hal ini demikian kerana menyedarkan rakyat akan kepentingan pantun sebagai adat budaya dalam masyarakat kita.