Saturday, March 5, 2011

Papan tanda

Apabila kita keluar berjalan-jalan bersama keluarga, rakan-rakan ataupun bersendirian, kita pasti akan melihat papan-papan tada yang terdapat di sepanjang jalan atau yang berada di sesuatu kawasan. Hal ini demikian kerana, ia memudahkan kita mengetahui sesuatu benda yang berada di kawasan tersebut ataupun arah yang bakal kita tuju. Semasa saya dan rakan melalui satu kawasan perkilangan di satu tempat di daerah Kota Setar, saya sempat memerhati salah satu papan tanda yang terdapat berhampiran kawasan tersebut.  Papan tersebut seperti di bawah.



Papan tanda ini mempunyai kesalah bahasa yang amat jelas. Di-larang meletak baisikel-baisikel di-hadapan gudang ini. Ayat di atas jelas menunjukkan kesalahannya dari segi tatabahasa. Di- larang sememangnya dieja berpisah dan tidak perlu dieja secara terpisah. Baisikel-baisikel pula merupakan ejaan yang ditulis berdasarkan percakapan semasa seseorang itu bertutur. Oleh itu perkataan yang sebenarnya ialah basikal. Kata baisikel ini juga tidak perlu digandakan lagi. Apabila basikal itu berada di dalam ayat, sudah pasti ia menunjukkan benda yang banyak. Begitu juga dengan di-hadapan perlu dieja secara terpisah, iaitu di hadapan. Oleh itu ayat yang sebetulnya ialah di larang meletakan basikal di hadapan gudang ini. Hal ini mestilah mengikut rumus tatabahasa yang telah ditetapkan dalam bahasa Melayu.

No comments:

Post a Comment