Thursday, January 27, 2011

Masalah dan problem

Pagi-pagi apabila menaiki bas untuk pergi kelas mesti pemandu bas akan memasang radio bertujuan menghiburkan penumpangnya daripada berasa bosan dan jemu ketika berada dalam bas. Ketika itu siaran IKIM.fm yang menjengah ke telinga semua penumpang. Sewaktu itu seumpama motivasi pagi sedang ke udara. Walaupun disampaikan dalam bahasa Melayu tetapi ada juga bahasa Inggeris digunakan.

Situasi:
"Kita mestilah mencari jalan penyelesaian kepada masalah dan problem kita.."

Itulah ayat yang sempat dikenalpasti.Masalah dan problem merujuk kepada benda yang sama. Oleh itu sebaiknya penceramah tersebut menggunakan kata masalah sahaja dan problem itu tidak diguna sama sekali.

Marah dengan amarah

Apabila bercakap mengenai perasaan marah, ramai dalam kalangan kita tidak dapat mengawal perasaan sendiri. Apa yang dirasakan dalam hati itulah yang diluahkan. Sudah pasti kata-kata yang keluar daripada mulut tersebut kata-kata yang kesat, kasar dan tidak enak didengar. Namun begitu itulah hakikatnya sebagai manusia.

Situasi:
"Aku bengang betul la dengan orang tua tu. Dia tak fikir ke kita susah-susah buat laporan ni, dia senang-senang je nak reject. Sudahlah banyak songe. Nak yang itu nak yang ini. Ingat kita ni apa..."

Begitulah percakapan yang lahir daripada seseorang yang sedang melepaskan kemarahannya. Walau bagaimanapun, sedalam mana kita berasa marah sebaiknya kita mestilah menjaga bahasa yang digunakan. Kadang-kala orang mendengar kemarahan kita akan berasa bosan dengan kita. Sebaiknya kita menggunakan bahasa yang tidak menyentuh hati mana-mana orang yang mendengar tentang kemarahan kita.

Sampah

Hari ini ramai di antara kita tidak mengendahkan persekitaran di sekeliling terutamnya berkaitan dengan sampah. Sebagaimana yang kita semua ketahui pembuangan sampah di merata-rata tempat boleh mencacatkan pemandangan sekeliling kita. Pembuangan sampah di merata-rata tempat ini sering berlaku di kawasan koleh kediaman dan dalam bilik-bilik kuliah.

Situasi:
Sahabat 1: Eh, awat hang buang sampah dekat sini. Awat tak buang dalam bakui kat belakang ja?
Sahabat 2: Awatnya biaq pi la..Kitakan ada makcik cleaner. Satgi depa buang la. Takkan nak makan gaji buta  ja kot.

Sebagai bakap pendidik kita mestilah menjaga tingkah-laku kita dan percakapan kita. Jika kita tidak menunjukan rasa tanggungjawab kita terhadap alam sekitar, bagaimana anak-anak didik kita akan menuruti langkah kita.

Wednesday, January 26, 2011

Kau orang=korang

Kelas Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu hari ini berjalan dengan lancar. Pembentangan dilakukan seorang demi seorang. Walaupun kelas agak padat dengan pelajarnya, namun pelajar masih mampu menumpukan perhatian kepada pembentangan yang dilakukan.

Apabila bercakap mengenai pembentangan Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu, bahasa yang digunakan mestilah bahasa Melayu baku. Sesekali pelajar mungkin tersasul dengan ujaran yang disampaikan. Jika selebihnya tetap sama maka ujaran itu sebetulnya ujaran yang hendak dikatakan oleh pelajar tersebut.

Situasi:
Korang boleh lihat dalam buku Semantik pada halaman 23.

Sewajarnya korang digantikan dengan kata kamu. Contohnya, kamu semua boleh lihat dalam buku Semantik halaman 23. Walaupun pelajar tersebut menggunakan ayat yang betul, tetapi disebabkan penggunaan kata ganti nama korang menyebabkan berlakunya kesalahan bahasa pada ayat tersebut.Sebagai pelajar bahasa Melayu kita mestilah menjaga bahasa percakapan kita supaya kita dapat menjadi contoh teladan kepada orang lain.

Tuesday, January 25, 2011

PENGAWAL OH PEGAWAL


Pengawal- pengawal keselamatan pada hari ini kurang berbudi bahasa ketika menyapa, menyoal sesiapa sahaja terutamanya pelajar. Semasa pulang dari kelas tengahari tadi, sebaik sahaja tiba di hadapan pondok pengawal, saya terkejut sama ada jerkahan, panggilan, teguran atau sebaliknya daripada seorang pengawal keselamatan lelaki berbangsa Melayu.

Situasi:
"Hoi", itulah kata-kata yang terkeluar daripada mulut pengawal tersebut sambil menunding jari ke hadapan tetapi tidak tahu kepada siapa.

Seorang pengawal pengawal merupakan pihak yang terlibat dalam pergaulan masyarakat. Pegawal keselamatan merupakan orang bergaul dengan ramai orang. Oleh sebab itu, seorang pengawal keselamatan mestilah mempunyai sikap sopan-santun, berbudi bahasa tidak kira dengan siapa sahaja. Sekiranya pengawal keselamatn tersebut ingin menegur atau memanggil seseorang, beliau mestilah menggunakan bahasa yang baik dan tidak menjatuhkan air muka seseorang. Panggilan yang boleh digunakan ialah,

Cikgu yang berbaju merah itu
Cikgu yang bertudung hijau itu
Cikgu yang tidak mengantungkan kad matrik

Panggilan-panggilan atau ayat di atas memudahkan sesiapa sahaja memahami siapa yang dikehendaki oleg pengawal keselamatan tersebut. Selain itu juga, ia menampakkan pengawal keselamatan itu berbudi bahasa tidka kira dengan sesiapa sahaja.

Saturday, January 22, 2011

Pasar Malam

Hari ini hari sabtu. Sudah semestinya pasar di pekan Tg.Malim. Banyaklah bahasa-bahasa slanga yang diucapkan oleh peniaga-peniaga dan pembeli.

Situasi 1:
Pembeli: Cik, satu bape ringgit ni?
Penjual: Satu due ringgit je dik. Dik beli due cik kasi tige ringgit je.

Situasi 2:
Orang 1: Eh, sory-sory tak sengaje.
Orang 2: eh, takpe-takpe

Bagi situasi 1, bahasa-bahasa slanga ini sudah menjadi sebahagian daripada masyarkat kita. Ia tidak boleh di ubah kecuali diri sendiri yang mengubahnya. Manakala dalam situasi kedua pula kata ganda yang digunakan dalam masyarkat pada hari. Misalnya sory digandakan menjadi sory-sory dan tidak mengapa disingkatkan menjadi takpe lalu digandakan menjadi takpe-takpe.

Oleh itu sewajarnya bahasa Inggeris digandakan menjadi sory. Ia juga tidak sepatutnya diucapakn bersama-sama bahasa Melayu itu sendiri. Kita boleh menggunakan ayat:
"Eh, saya minta maaf. Saya tidak sengaja."

Friday, January 21, 2011

Bahasa kita.


Semalam aku dan kawan-kawan yang telah menghadiri seminar isu-isu sosiolinguistik bahasa Melayu semasa. Seminar itu telah disampaikan oleh Prof. Dr. Awang Sariyan di Dewan Sri Tajung UPSI. Pelbagai  input dan maklumat telah diperolehi mengenai isu-isu bahasa ini.  Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia, namun begitu ramai pihak tidak menggunakan sepenuhnya bahasa kebangsaan sendiri. Malah mengagungkan bahasa asing. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah menggunakan bahasa kebangsaan kita sendiri, iaitu bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana sebagai salah satu tanda cinta kepada Malaysia. Mengapa Negara Indonesia, Jepun, Korea, China dan lain-lain boleh menggunakan bahasa Negara mereka sebagai bahasa perantaraan? Mengapa rakyat Malaysia tidak boleh menggunakan bahasa Negara kita sendiri? Di manakah silapnya semua ini? Walaupun bahasa Melayu digunakan, tetapi hari ini bahasa Melayu telah dicemari dengan bahasa SMS. Itulah yang dikatakan oleh Prof. Dr. Awang Sariyan. Malah beliau sempat menayangkan paparan bahasa SMS yang digunakan pada hari ini. Antaranya ialah:

Aspek leksikal “Leh join,nak chat, area mane”
Kata basahan/dialek “budak penang, sape, kat, korang bukak”
Bentuk singkat/gabungan “sume, pekabar, korang, jenjalan naik vespa”

Contoh-contoh seperti inilah yang sering digunakan oleh bangsa Melayu sendiri. Kadang-kala bahasa SMS yang digunakan tidak dapat difahami oleh sesetengah pihak kerana terlalu singkat atau menambah perkataan lain. Orang= korang= kowang. 

Walaupun bahasa Melayu itu masih diucap namun pengaruh bahasa SMS inilah menyebabkan bahasa Melayu menjadi cacat. Jika hal ini berlarutan sudah pasti generasi –generasi baru akan terpengaruh dengan bahasa ini dan tidak dapat membeza mana satu bahasa yang betul. Bahkan berkemungkinan bahasa SMS ini menjadi bahasa yang betul kepada mereka kelak. Sama-sama kita fikirkan.

Hidup berjiran

Sudah pukul 12 tengah malam. Tak penatkah dari pagi sampai malam asyik bersembang. Sudahlah bersembang dengar satu blok. Hai, sudahlah kuat. Sembang sikit ketawa, sembang sikit menjerit. Apa kenalah dengan mereka-mereka ini. Kalau nak sembang-sembang pun, tengoklah rumah jiran sama, Agak-agak suara dengar dalam bilik sudahlah. Ini tidak satu bangunan boleh dengar. Hormatlah sama jiran-jiran sebelah. Entah ada yang sedang belajar ke,solat ke, nak rehat ke penat baru habis kelas. Hormatlah mereka. Mana budi bahasa kita sebagai rakyat Malaysia. Adalah satu dua dialog yang sempat aku dengar,
" Eh, ko tau tak, meluat aku tengok si minah tu. Ingat die sorang je ade beg baru. Nak menunjuk kononnye",
"Minah mane pula ni?"
"Sape lagi kalau bukan si Siti tu. Isyh menyampah betul la aku dengan die. Sikit-sikit nak menunjuk",

  Itulah antara dialog yang semapat aku dengar. Bukanlah aku sengaja membuka telinga lebar-lebar, tetapi perbualan mereka itu terlalu kuat dan jelas sehinggakan sesiapa sahaja boleh mendengar percakapan mereka. Oleh itu diharapkan walau di mana kita berada, ingatlah berbudi bahasalah dengan jiran-jiran sesekeliling kita. Janganlah kita membuat hal sendiri sehingga tidak mengambil peduli akan hal orang lain.

Wednesday, January 19, 2011

Ada Apa dengan Meminta Maaf

Menunggu lif blok3 KHAR sememangnya memerlukan sedikit kesabaran berbanding menunggu lif blok 1 KHAR. Maklumlah bak kata pepatah " biar lambat asal selamat". Jam hampir menunjukan pukul 12 tengahari. Sudah tiba waktu makan. Semua penghuni berpusu-pusulah hendak keluar mencari makanan. Perut dah berbunyi minta di isi. Dari aras 5 berhenti di aras 3 dan seterusnya ke aras bawah. Dalam lif keadaan sudahlah sesak. Pintu lif lambat pula nak buka. macam-macamlah rungutan yang keluar.
"Isyh apasalah benggong sangat lif ni?"
"Lambat lebih pada kura-kura. Baik kura-kura pun laju."
    Pintu lif akhirnya terbuka. Mak oi penghuni yang menunggu pun ramailah juga. Berpusu-pusulah orang dalam lif hendak keluar dan berpusu-pusulah orang diluar hendak masuk. Oleh itu berlakulah tolak menolak. Semasa keadaan tolak menolak ini, Sudahlah dia geram dengan lif yang lambat sekarang terjatuh pula.
" Wei, buta ke? dah tahu ramai orang nak keluar kasi la laluan. yang korang pun sibuk-sibuk sangat apasal."
   Ha dah kena sebiji.
"sorylah ye." jawab salah seorang dengan nada yang sinis.

Walaupun kita mengalami sedikit kesukaran, kesusahan kita janganlah cepat melatah. Sebaiknya sebagai seorang bakal pendidik, kita mestilah tanam sikap positif dalam semua keadaan yang kita lalui. Tidak sepatutnya kita menyalahkan orang lain.Amalkan sikap bersabar dalam semua perkara. Apa yang kita ucapkannya juga mestilah ikhlas tidak kira dengan siapa kita berucap.

Tuesday, January 18, 2011

Kata Sahutan

Semalam masa beratur hendak bayar makanan dekat sebuah kedai ini, adalah seorang pelajar ini memanggil atau menyapa sahabatnya. Jarak antara sahabat 1 dengan sahabat 2 inilah tidaklah jauh.

        Sahabat 1: Hai, Seri (bukan nama sebenar)                                                                                        
        Sahabat 2: Hoi

   Adakah sahutan "hoi" itu melambangkan kata sahutan. Walaupun mereka saling mengenali dan berkemungkinan terlalu rapat, tidak wajarlah sekiranya menggunakan kata sahutan " hoi " tersebut. Hal ini demikian kerana bahasa "hoi" itu melambangkan sikap yang kasar dan tidak menghormati orang lain.

   Oleh itu sewajarnya sahabat yang menyahut sapaan itu menggunakan bahasa yang mudah sahaja. Misalnya "ya saya", "saya", atau melambaikan tangan tanda mendengar sapaan sahabatnya. Sebagai orang Melayu kita semestinya mempunyai nilai adat, budi bahasa dan budaya yang tinggi. Tidak kira di mana kita berada, tidak kira dalam lingkungan apakah kita berada, kita mestilah menjaga budi bahasa kita.

Friday, January 14, 2011

Akhirnya

Alhamdulillah..akhirnya siap juga blog kedua ni...Blog yang pertama  dulu tak pandai lagi...Blog sekarang dah pandai sikit-sikit. Terima kasih cikgu Fawiz dan rakan-rakan yang lain kerana telah berusaha mengajar kami semua mengenai blog ini..Jasamu dikenang..=)