Friday, January 21, 2011

Bahasa kita.


Semalam aku dan kawan-kawan yang telah menghadiri seminar isu-isu sosiolinguistik bahasa Melayu semasa. Seminar itu telah disampaikan oleh Prof. Dr. Awang Sariyan di Dewan Sri Tajung UPSI. Pelbagai  input dan maklumat telah diperolehi mengenai isu-isu bahasa ini.  Walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan di Malaysia, namun begitu ramai pihak tidak menggunakan sepenuhnya bahasa kebangsaan sendiri. Malah mengagungkan bahasa asing. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah menggunakan bahasa kebangsaan kita sendiri, iaitu bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana sebagai salah satu tanda cinta kepada Malaysia. Mengapa Negara Indonesia, Jepun, Korea, China dan lain-lain boleh menggunakan bahasa Negara mereka sebagai bahasa perantaraan? Mengapa rakyat Malaysia tidak boleh menggunakan bahasa Negara kita sendiri? Di manakah silapnya semua ini? Walaupun bahasa Melayu digunakan, tetapi hari ini bahasa Melayu telah dicemari dengan bahasa SMS. Itulah yang dikatakan oleh Prof. Dr. Awang Sariyan. Malah beliau sempat menayangkan paparan bahasa SMS yang digunakan pada hari ini. Antaranya ialah:

Aspek leksikal “Leh join,nak chat, area mane”
Kata basahan/dialek “budak penang, sape, kat, korang bukak”
Bentuk singkat/gabungan “sume, pekabar, korang, jenjalan naik vespa”

Contoh-contoh seperti inilah yang sering digunakan oleh bangsa Melayu sendiri. Kadang-kala bahasa SMS yang digunakan tidak dapat difahami oleh sesetengah pihak kerana terlalu singkat atau menambah perkataan lain. Orang= korang= kowang. 

Walaupun bahasa Melayu itu masih diucap namun pengaruh bahasa SMS inilah menyebabkan bahasa Melayu menjadi cacat. Jika hal ini berlarutan sudah pasti generasi –generasi baru akan terpengaruh dengan bahasa ini dan tidak dapat membeza mana satu bahasa yang betul. Bahkan berkemungkinan bahasa SMS ini menjadi bahasa yang betul kepada mereka kelak. Sama-sama kita fikirkan.

No comments:

Post a Comment