Tuesday, January 25, 2011

PENGAWAL OH PEGAWAL


Pengawal- pengawal keselamatan pada hari ini kurang berbudi bahasa ketika menyapa, menyoal sesiapa sahaja terutamanya pelajar. Semasa pulang dari kelas tengahari tadi, sebaik sahaja tiba di hadapan pondok pengawal, saya terkejut sama ada jerkahan, panggilan, teguran atau sebaliknya daripada seorang pengawal keselamatan lelaki berbangsa Melayu.

Situasi:
"Hoi", itulah kata-kata yang terkeluar daripada mulut pengawal tersebut sambil menunding jari ke hadapan tetapi tidak tahu kepada siapa.

Seorang pengawal pengawal merupakan pihak yang terlibat dalam pergaulan masyarakat. Pegawal keselamatan merupakan orang bergaul dengan ramai orang. Oleh sebab itu, seorang pengawal keselamatan mestilah mempunyai sikap sopan-santun, berbudi bahasa tidak kira dengan siapa sahaja. Sekiranya pengawal keselamatn tersebut ingin menegur atau memanggil seseorang, beliau mestilah menggunakan bahasa yang baik dan tidak menjatuhkan air muka seseorang. Panggilan yang boleh digunakan ialah,

Cikgu yang berbaju merah itu
Cikgu yang bertudung hijau itu
Cikgu yang tidak mengantungkan kad matrik

Panggilan-panggilan atau ayat di atas memudahkan sesiapa sahaja memahami siapa yang dikehendaki oleg pengawal keselamatan tersebut. Selain itu juga, ia menampakkan pengawal keselamatan itu berbudi bahasa tidka kira dengan sesiapa sahaja.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Saya amat bersetuju dengan pendapat anda. Sebenarnya, saya juga pernah menjadi mangsa teguran pengawal keselamatan. Mereka seharusnya mengetahui cara untuk menghormati insan lain dengan menggunakan bahasa yang bersopan santun sehingga tidak menjatuhkan air muka seseorang.

    ReplyDelete