Sunday, February 27, 2011

Bahasa Kedah



Sewaktu berbual –bual dengan rakan-rakan dalam kelas, ramai rakan yang lain tidak mengerti dialek Kedah yang diucapkan. Mereka kadang kala berasa lucu dengan dialek Kedah yang mereka didengari.

Dialek Kedah                      Bahasa Baku
Gerek                                   Basikal
Hampa                                  Kamu semua
Depa                                     Mereka
Tang tu                                 Dekat situ
Awat                                     Kenapa
Lekaih                                   Cepat
Tak dan                                  Tidak sempat
Belempoih                          Kotor/ comot

Terdapat banyak lagi dialek Kedah yang tidak dapat difahami oleh masyarakat lain. Namun begitu dialek ini berbeza mengikut daerah-daerah yang terdapat dalam negeri Kedah. Misalnya daerah Kota Setar, Baling, Sik, Baling, Kuala Muda, Kulim, Pendang, Pokok Sena. Masyarakat Kota Setar menggunakan dialek yang biasa dan mudah difahami oleh masyarakat di daerah yang lain, tetapi tidak memahami dialek di daerah yang lain misalnya Daerah Padang Terap.

Gelaran


Pada hari rabu yang lepas saya dan sahabat yang lain telah menghadiri satu seminar Bahasa Melayu Tinggi yang disampaikan oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan. Pelbagai input yang berguna dapat dijadikan panduan. Saya juga tertarik mengenai gelaran. Kita tidak seharusnya memanggil seseorang dengan gelaran sewenang-wenangnya. Misalnya:
Penjual ikan: tidak boleh memanggil abang
                        Seharusnya memanggil encik

Orang yang berpangkat tinggi: Tidak boleh memanggilnya saudara/saudari
Tetapi orang yang berpangkat tinggi boleh memanggil orang biasa saudara/ saudari.
Hal ini demikian kerana, bagi panggilan abang hanya kepada abang kandung, suami dan kekasih. Selain daripada itu tidak elok kiranya memanggil gelaran ‘abang’. Hal ini demikian kerana sebagai orang Melayu kita mempunyai  nilai budaya yang tinggi. Bagi panggilan saudara/ saudari pula, hal ini bukanlah mengangungkan pangkat yang kita perolehi tetapi kita mestilah tahu akan status orang tersebut.oleh itu kita tidak boleh sewenang-wenangnya memanggil orang tertentu dengan gelaran tertentu.

Marah

Sesekali apabila kita sedang marah, kita tidak dapat berfikir dengan waras. Pelbagai ucapan yang kurang enak akan dilontarkan kepada sesiapa sahaja. Marah yang keterlaluan tidak bagus kepada kesihatan kita kerana kita akan terbawa-bawa kepada emosi yang stabil. Saya sempat mendengar percakapan seseorang yang sedang marah.

Situasi:
Apasalah dia tak nak dengar cakap kita..asyik dia je nak betol. Mentang-mentanglah dia ketua. Banggang betol dapat dengan dia tu. Kali ni lantak la kat dia nak kata apa pun. Aku sikit pun tak kisah. Boleh mampus la.
Dia salah pun tak nak ngaku.. macam apa lagi. Fikir dia bagus kot. Makan gaji buta ja. Tak reti nak ajar cakap jela. Orang suh dia ajar dok promot buku apa benda. Beli buku tak guna pun. Nak buat koleksi boleh la.

Komen: itulah kata-kata yang keluar dari mulut seseorang. Walaupun kita sedang marah, sebaiknya kita mengawal emosi kita kerana tidak semua orang yang kita luahkan perasaan kita suka dengan apa yang kita lakukan. Marah kita biarlah perpada-pada. Sesekali kita diamkan sahaja kemarahan kita agar tidak menganggu orang lain.

Wednesday, February 16, 2011

Budaya Terima Kasih

Saya juga bertuah tinggal di Malaysia. Hal ini demikian kerana rakyatnya yang berbudi bahasa, sopan santun dan lemah- lembut antara satu sama lain. hal ini juga tidak ketinggalan bagi pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjong Malim, Perak itu sendiri. Budaya yang diamalkan olehs pelajar UPSI ialah budaya berterima kasih. setiap pergi ke kelas atau pulang dari kelas, sewaktu menuruni daripada bas,kebanyakan pelahar UPSI akan berterima kasih kepada pemandu basa tersebut.

Situasi:
Terima kasih Pak cik
Terima kasih
Thanks you

komen: diharapkan budaya sebegini akan berlarutan selamanya tidak kira di mana kita berada. walaupun dengan ucapan terima kasih, sudah membuatkan pemandu bas itu berasa dihargai. tidak perlu memberi hadiah atau sebaliknya. Budaya menjunjung bangsa,

Sunday, February 13, 2011

BAS YANG PADAT


Setiap hari Isnin jam 1 petang  penumpang dalam bas dari PC- PINTU TIMUR akan padat. Hal ini demikian kerana apabila tamat sesi pengajaran jam 1 petang, pelajar akan bergegas ke kampus untuk sesi pengajaran seterusnya pada jam 2 petang. Pelajar akan berebut-berebut untuk mendapatkan tempat dalam bas tersebut. Sedang asyik pelajar lain berhimpit-himpit, terdapat sekumpulan pelajar yang sempat duduk membuat bising. Mereka berbual dengan galaknya tanpa menghiraukan pelajar-pelajar lain yang letih kerana berdiri dan berhimpit-himpit. Bukan mereka tidak faham dengan situasi tersebut kerana ada pelajar yang menegur tetapi mereka masih tidak menghiraukannya sehingga tiba di kampus.

Komen: 
Kita harus bersyukur dengan rezeki yang ada. Kita tidak semestinya membuat bising di dalam bas yang padat dengan penumpang. Hal ini demikian kerana bagi pelajar yang berdiri dan berhimpi-himpit memerlukan suasana yang tenang. Jika kita membuat bising, kita seolahnya menambahkan lagi ketegangan keadaan tersebut. Bukan kita tidak boleh berbual tetapi berbuallah selagi tidak menganggu kentetaraman orang lain.

ARAHAN ATAU MEMINTA TOLONG

Petang tadi saya dan rakan telah pergi ke Karnival di Kolej Ungku Omar. Sementara menunggu lif untuk naik ke tingkat atas saya berbual dengan rakan saya. Terdapat seorang pelajar  yang tidak menghiraukan orang disesekeliling dan sibuk bermain telefon bimbitnya.  Sebaik sahaja pintu lif terbuka kami semua masuk ke dalam lif sambil menekan butang mengikut aras. Pelajar itu dengan lagak sombongnya terus melangkah masuk  ke dalam lif tanpa berbuat apa dan bersuara;

“ Aras 7 please..” dengan nada yang sombong.

Komen
Itulah kata-kata yang keluar dari mulut pelajar tersebut. Dengan sombongnya dia menyuruh salah seorang ini menekan punat 7. Lagaknya seperti member arahan kepada seseorang dan buka meminta tolong. Sebagai  hidup dalam masyarakat kita semestinya menggunakan bahasa yang baik jika kita memerlukan pertolongan seseorang. Sewajarnya pelajar tersebut boleh menggunakan bahasa seperti;

“Boleh tak tekan aras 7”

Apabila seseorang itu telah menekan punat nombor 7, pelajar tersebut boleh mengucapkan terima kasih;

“Terima kasih”

Lebih manis seandainya kita berbuat demikian. Orang berbudi kita berbahasa.

KESALAHAN BAHASA LAGI


Kesalahan bahasa Melayu jelas semakin ketara pada iklan-iklan tertentu terumatanya pada musim cuti semester, musim perayaan dan sebagainya.  Kebanyakkan menggunakan  dialek daerah masing walaupun masing-masing jelas menunjukan bahasa Melayu lagi.


Kelantan = Klate


Komen
Walaupun iklan tersebut merujuk kepada pelajar-pelajar dari negeri Kelantan, tidak seharusnya Pembina iklan itu menggunakan dialek daerah sendiri. Sebaiknya Pembina iklan tersebut menggunakan bahasa Melayu baku. Hal ini demikian kerana bukan sahaja pelajar dari negeri Kelantan malah dari negeri lain dan pelajar antarabangsa. Bagaimana pelajar dari negeri lain akan memahaminya. Bagi pelajar antarabangsa pula akan menganggap ejaan tersebut adalah betul kerana rata-ratanya menggunakan ejaan dialek negeri masing-masing.