Kesalahan bahasa Melayu jelas semakin ketara pada iklan-iklan tertentu terumatanya pada musim cuti semester, musim perayaan dan sebagainya. Kebanyakkan menggunakan dialek daerah masing walaupun masing-masing jelas menunjukan bahasa Melayu lagi.
Kelantan = Klate
Komen:
Walaupun iklan tersebut merujuk kepada pelajar-pelajar dari negeri Kelantan, tidak seharusnya Pembina iklan itu menggunakan dialek daerah sendiri. Sebaiknya Pembina iklan tersebut menggunakan bahasa Melayu baku. Hal ini demikian kerana bukan sahaja pelajar dari negeri Kelantan malah dari negeri lain dan pelajar antarabangsa. Bagaimana pelajar dari negeri lain akan memahaminya. Bagi pelajar antarabangsa pula akan menganggap ejaan tersebut adalah betul kerana rata-ratanya menggunakan ejaan dialek negeri masing-masing.
No comments:
Post a Comment