Apabila musim cuti, stesen KTMB Tanjong Malim dipenuhi dengan pelajar UPSI. Semasa pengumuman ketibaan kereta api , kereta api digantikan dengan bahasa Inggeris, iaitu train.
Situasi:
"Train antarabandar akan tiba sedikit masa lagi"
Walaupun pengumuman dibuat dalam dwibahasa, namun semasa pengumuman dalam bahasa Melayu, jurucakap itu menggunakan perkataan train dan bukannya kereta api. Oleh itu, sewajarnya pengumuman dibuat sepenuhnya dalam bahasa Melayu, iaitu:
"Kereta api antarabandar akan tiba sedikit masa lagi"
Jika perkataan ini masih kekal digunakan, maka ia akan mempengaruhi minda penutur bahasa Melayu dan menganggapnya penggunaan perkataan train adalah dalam bahasa Melayu.
No comments:
Post a Comment