Apabila musim cuti sekolah,kad undangan perkahwinan bersusunlah. Saya tidak melepaskan peluang menghadiri majlis perkahwinan yang berlangsung berdekatan dengan rumah saya. Semasa sedang duduk bersantai sementara menunggu ketibaan pengantin, saya terkejut apabila bahasa yang dituturkan oleh seorang anak saudara kepada bapa saudaranya.
situasi:
Bapa saudara: Wani, mai bunga teloq tu kat pak jang nak bagi dekat belah laki.
Anak saudara: Awat yang kalut sangat. Tadi ambil dah. Awat tak cukup lagi ka?
Bapa saudara: Dah tak cukup la pak jang mintak ni. Nak taruh buat apa. Banyak lagi ada kan?
Anak saudara: Biaq la duit kami. Tak habis ka habis ka duit kami tak kacau duit orang.
Itulah perbualan antara bapa saudara dengan anak saudara perempuan. Mengapa kita mesti meninggikan suara dan bercakap kasar sedangkan taraf kita hanya sebagai seorang anak saudara sahaja. Tambahan pula sebagai seorang perempuan, kita mestilah menjaga bahasa percakapan kita selari dengan watak sebagai seorang perempuan. Apa angapan orang lain terhadap kita jika kita berbahasa begitu.
oleh itu sebagai anak saudara, sedalam mana mrah kita kepada bapa saudara, berbahasalah dengan baik. misalnya,
"tadi pak jang dah ambik..tak cukup ka pak jang.
walaupun jika bapa saudar itu meminta tandanya tidak mencukupi, sebagai orang yang berbudi bahasa kita soalkan balik agar kita faham keadaan tersebut.
No comments:
Post a Comment