Petang tadi saya dan rakan telah pergi ke Karnival di Kolej Ungku Omar. Sementara menunggu lif untuk naik ke tingkat atas saya berbual dengan rakan saya. Terdapat seorang pelajar yang tidak menghiraukan orang disesekeliling dan sibuk bermain telefon bimbitnya. Sebaik sahaja pintu lif terbuka kami semua masuk ke dalam lif sambil menekan butang mengikut aras. Pelajar itu dengan lagak sombongnya terus melangkah masuk ke dalam lif tanpa berbuat apa dan bersuara;
“ Aras 7 please..” dengan nada yang sombong.
Komen:
Itulah kata-kata yang keluar dari mulut pelajar tersebut. Dengan sombongnya dia menyuruh salah seorang ini menekan punat 7. Lagaknya seperti member arahan kepada seseorang dan buka meminta tolong. Sebagai hidup dalam masyarakat kita semestinya menggunakan bahasa yang baik jika kita memerlukan pertolongan seseorang. Sewajarnya pelajar tersebut boleh menggunakan bahasa seperti;
“Boleh tak tekan aras 7”
Apabila seseorang itu telah menekan punat nombor 7, pelajar tersebut boleh mengucapkan terima kasih;
“Terima kasih”
Lebih manis seandainya kita berbuat demikian. Orang berbudi kita berbahasa.
No comments:
Post a Comment