Monday, February 7, 2011

Baling buang

Apabila balik kampung pelbagai loghat daerah dapat didengari. Setiap negeri mempunyai loghatnya yang tersendiri. Bagi negeri Kedah sememangnya mempunyai loghat yang tersendiri dan sudah sebati dengan jiwa rakyat Kedah. Namun begitu, ada sesetengah perkataan digunakan serentak tetapi mempunyai maksud yang sama.

Situasi:
Baling buang
Lempar buang

Dalam loghat daerah di Kedah, baling dan lempar mempunyai maksud yang sama dengan buang. Oleh itu sewajarnya penutur hanya menggunakan salah satu perkataan sahaja. misalnya sama ada baling, lempar atau buang dan tidak perlu menggunakan kedua-dua perkataan tersebut.

No comments:

Post a Comment